Eksekutif Operasi EZ Qurban, Amir Zahari berkata sebanyak 30 ekor di sumbangkan di sini yang diserahkan kepada wakil rakyat Somalia Abdullah Abdi Ahmed di kem pelarian tersebut.

“Lembu korban ini akan diagihkan kepada pelarian di beberapa blok bahagian terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

“Insya Allah 450 buah keluarga akan mendapat daripada jumlah lembu yang telah dikorbankan” jelasnya.

Terdahulu pasukan sukarelawan terpaksa menunggu hampir dua jam untuk memasuki kem pelarian bagi mendapatkan dokumen pengesahan dari pihak keselamatan Kenya.

Untuk rekod ini tahun kedua ibadah korban dilakukan di kem pelarian Daadab selepas berjaya melakukannya pada edisi 2017. - UTUSAN ONLINE