NURAMMAR ABU BAKAR

Semua usahawan tersebut hadir sebagai delegasi dari Malaysia bersempena Karnival Keusahawanan Halal Malaysia (MEHC) 2019 yang bermula semalam.

Karnival anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Persatuan Pengilang dan Industri Per­khidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) itu adalah julung-julung kali diadakan dan ia berjaya menarik ratusan warga Bosnia untuk melihat dan mencuba pelbagai produk keluaran Malaysia.

Antara produk yang dipamerkan ialah produk minuman dan makanan, pakaian, perhiasan serta farmaseutikal.

Presiden PPIPBM, Datuk Nurammar Abu Bakar berkata, karnival yang dijalankan berjaya menonjolkan pelbagai produk Malaysia berkualiti kepada pasaran Bosnia malah beberapa siri pertemuan dengan pemegang taruh di Bosnia berpotensi membuka peluang yang lebih besar kepada usahawan tempatan.

“Kita adakah pertemuan ‘business matching’ dengan lebih 30 syarikat daripada Bosnia-Herzegovina selain be­berapa pertemuan dengan pemegang taruh termasuk Dewan Perdagangan Luar di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pempamer, Azila Mahmood berkata, sambutan yang diberikan oleh warga Bosnia-Herzegovina terhadap produk mereka sa­ngat memberangsangkan.

Beliau yang merupakan Pengarah Urusan Bronis Sdn. Bhd. turut berbangga apabila produk­nya terpilih untuk menyertai karnival tersebut.

Begitu juga dengan pengasas produk perhiasan rumah berasaskan bahan kitar semula, Harith Ridzuan yang berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan PPIPBM kerana memberinya peluang untuk meneroka pasaran Bosnia dan Herzegovina.

“Kami telah berjaya menembusi pasaran Eropah, Russia, Korea Selatan dan Jepun sebelum ini. Kali ini peluang diberikan untuk kita meneroka pasaran Bosnia pula,” kata Pengarah One-Tech (M) Sdn. Bhd. itu.

Video oleh SHAHRIL AZMAN