Berbekalkan duit yang dikumpul ketika bekerja di Malaysia, Mahmud pulang ke Myanmar atau lebih tepat lagi kampung yang terletak di Rakhine.

Matlamat bapa kepada lapan orang anak itu adalah untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya yang selama ini memang hidup dalam keadaan daif. Majoriti penduduk di Rakhine adalah dalam kalangan orang miskin.

Kira-kira sebulan lalu pihak tentera dan polis Myanmar mula bertindak ganas dan anak lelaki sulungnya menjadi pembunuhan kejam. Rumahnya pula dibakar. Akhirnya Mahmud, 50, dan keluarga terpaksa lari meninggal kampung halaman.

“Anak saya mati ditembak di depan mata saya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” kata Mahmud yang masih boleh berbahasa Melayu.

Demi keselamatan keluarga dia memutuskan untuk meninggalkan kampung halamannya. Selepas berhari-hari berjalan kaki mereka sekeluarga akhirnya tiba di Bangladesh dan kini dia bersama keluarga tinggal di kem pelarian Rohingya yang terletak di Cox’s Bazar.

Dia kini tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai wang dan makan minumnya sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan pihak luar.

Keadaan tersebut adalah lebih baik berbanding tinggal di Rakhine yang kini diancam kebuluran kerana penduduk tidak dapat bekerja akibat sering menjadi mangsa serangan ganas pihak berkuasa Myanmar.

Jadi apabila melihatkan delegasi misi bantuan kemanusiaan Mahmud menebalkan muka untuk memohon bantuan makanan, duit dan pakaian untuk keluarganya.

Video oleh BORHAN ABU SAMAH

Mahmud juga bertanyakan saya apakah benar ada anak raja dari Malaysia yang datang melawat ke kem pelarian berkenaan.

Apabila saya maklumkan yang Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail mengetuai delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memberi bantuan, dia sangat terharu dengan kerendahan hati yang ditunjukkan baginda.

Mahmud berharap kehadiran delegasi diraja itu membuka mata lebih banyak pihak di Malaysia untuk datang ke Cox’s Bazar untuk menyampaikan sumbangan.

Dalam pada itu sukarelawan Malaysian Humanitarian Centre, Johan Ariff Ismail berkata, paling ramai yang datang dari Teknaf menyeberang Sungai Naf lebar 2 hingga 4 kilometer yang dalamnya kira-kira 700 hingga 800 kaki. Sejak 25 Ogos setiap hari terdapat 10,000 hingga 20,000 pelarian masuk ke Bangladesh melalui 29 laluan di sempadan.

Semasa saya mula datang sini kampung terbakar mayat terapung dibawa bantuan oleh nelayan, kami bermalam di sini, wanita 14 tahun dirogol empat anggota tentera Myanmar.

Paling tidak dapat beliau pula adalah wanita mengandung anak dibunuh dan payudaranya digunting. Dalam kem pelarian situasi bukan mudah.

“Pelarian ini 60 peratus kanak-kanak 53 peratus wanita bawa anak, ada tidak sedar anak yang dikendong meninggal dunia,” katanya.

Katanya, ada yang kandar ibu dan ayah berjalan lapan hari untuk ke Bangladesh, ketika masuk dia sampai ke bumi Bangladesh dia terus rebah dan meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE