Menurut Komander Polis, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa, letupan itu merupakan yang kedua, menyusul selepas letupan pertama di sebuah tempat letak kenderaan berhampiran pasar raya itu.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter oleh saksi menunjukkan letupan kedua menghasilkan bola api besar menyebabkan mereka yang berada berhampiran bangunan itu bertempiaran mencari perlindungan.

Pihak polis menyifatkan serangan itu adalah yang terbesar sejak beberapa bulan lalu yang menyasarkan orang awam di kawasan yang bergolak. - AFP


Video MEDIA SOSIAL