Solat yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu telah diimamkan oleh Imam Mrisho Al- Hafiz disusuli khutbah selama satu jam. Acara ibadah tersebut turut disertai jemaah muslimat dan kanak-kanak.

Menurut seorang penduduk, Musa Khair solat sunat yang diadakan mengikut umat Islam yang sudah menyambutnya di Tanah Haram Mekah.

Esok, keseluruhan penduduk akan bersama-sama bergotong royong menyempurnakan ibadah korban.

Jurufoto Utusan yang mengikuti rombongan sukarelawan EZ Qurban berada di dua negara Afrika Tengah ini bagi membuat liputan sepanjang program berlangsung. - UTUSAN ONLINE