Ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di perkarangan pintu masuk parlimen berkenaan membaling bom asap dan botol air ke arah pegawai polis yang mengawal bangunan di pusat bandar Taipei itu.

Cadangan pengurangan kadar pencen untuk veteran tentera yang merupakan sebahagian daripada usaha membaik pulih ekonomi itu telah mencetuskan protes jalanan besar-besaran selain turut mengakibatkan perselisihan antara ahli parlimen di negara itu.