Menurut Menteri Luarnya, Jorge Arreaza, mereka telah bersedia bagi semua senario.

“Pertama adalah diplomasi, dialog dan keamanan.

“Bagaimanapun jika Washington ‘memilih untuk laluan ketenteraan, kami mempunyai angkatan tentera, rakyat dan pengawal negara bukan hanya untuk bertahan serta melawan tetapi untuk menang,” katanya selepas mesyuarat dengan rakan sejawatan Rusia, Segei Lavrov.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kegagalan pemimpin pembangkang Venezuela yang disokong AS untuk pemberontakan tentera. - AFP