Larangan itu merupakan cubaan yang ketiga oleh kerajaan Uttar Pradesh selepas dua cubaan sebelum ini sejak 2015 telah gagal kerana pihak berkuasa tempatan enggan melaksanakannya.

Perdana Menteri India, Narenda Modi telah berikrar untuk memastikan India bebas plastik menjelang 2022.

“Kami telah memutuskan untuk melarang penggunaan plastik di negeri ini sepenuhnya bermula 15 Julai. Saya menggesa semua orang untuk berhenti menggunakan cawan plastik, gelas dan polythene.

“Saya meminta sokongan anda bagi memastikan larangan ini berjaya,” ujar Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath. - AFP