Perkara itu ditegaskan oleh Syed Mohammad Akbar Agha, pemimpin Rah-e-Nejat yang juga bekas pemimpin Taliban.

Menurutnya, kerajaan pimpinan Presiden Ashraf Ghani dilihat mensabotaj rundingan damai yang diusahakan di Qatar antara wakil Takiban dan Amerika Syarikat (AS).

"Kerajaan tidak mahu keamanan. Mereka masih menyasarkan kawasan orang awam tetapi mendakwa itu kubu kuat Taliban," katanya kepada al-Jazeera sambil menambah serangan udara dilancarkan hampir setiap hari.

Syed Mohammad berkata, semua pihak positif terhadap usaha damai terutama Mullah Abdul Ghani Baradar yang terlibat secara langsung dalam rundingan di Qatar.