Lima negara itu termasuk Sweden, Poland, Belanda, Kazakhstan dan Equatorial Gui­nea turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan perbincangan de­ngan tiga anggota tetap UNSC.

UNSC sebelum ini mengadakan mesyuarat untuk mende­ngar laporan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi mengenai krisis yang diakibatkan oleh tindakan kekerasan junta tentera di Rakhine pada Ogos tahun lalu.

Mesyuarat itu diadakan hampir tiga bulan selepas UNSC membuat kenyataan mendesak Myanmar menghentikan tindakan ketenteraan dan membenarkan etnik Rohingya pulang semula ke tempat asal mereka.

Lebih 750,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar didakwa melakukan penindasan dan kekerasan terhadap mereka.

Dalam perkemba­ngan lain, pela­rian Rohingya mendakwa tentera Myan­mar sengaja membiarkan mereka kebuluran dengan meram­pas segala hasil pertanian serta haiwan ternakan yang diusahakan.

Menurut Abdul Goni yang kini berlindung di Bangladesh, tentera Myanmar bersama penduduk beragama Buddha akan menahan mereka daripada mencari kayu api dan merampas lembu-lembu yang digunakan untuk membajak sawah padi.

“Bapa saudara saya dibunuh tentera kerana cuba mempertahankan ternakannya daripada dirampas dan ada ketika anak saya kelaparan kerana tidak dapat makan,” katanya. – AGENSI