Pada masa yang sama, pakar keselamatan internet turut memaklumkan telah menemukan bukti teknikal yang mengaitkan negara itu dengan serangan siber ransomware WannaCry.

Pyongyang bagaimanapun me­ng­anggap dakwaan tersebut sebagai ‘tidak masuk akal’.

Terdahulu, Korea Utara didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan penggodam, Lazarus yang dikaitkan dengan kejadian rompakan siber di bank pusat Bangladesh tahun lepas.

Selain rompakan yang menye­babkan kerugian sehingga AS$81 juta (RM349.92 juta) itu, Lazarus turut dikaitkan dengan kejadian serangan di studio Hollywood, Sony pada 2014.

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dikatakan menuduh Korea Utara bertanggungjawab terhadap ke­dua-dua insiden berkenaan.

Bagaimanapun, tiada bukti ku­kuh disertakan bersama tuduhan itu dan dakwaan jenayah terhadap negara tersebut juga tidak difailkan.

Korea Utara pada masa yang sama pula didakwa menafikan menjadi dalang di sebalik kedua-dua insiden tersebut.

Dalam pada itu, seorang bekas profesor sains komputer negara itu, Kim Heung-kwang membe­ritahu, kumpulan ‘penjenayah siber’ terancang di Pyongyang se­perti Unit 180 menyasarkan untuk memperoleh wang tunai daripada mangsa mereka.

Jelas Heung-kwang, Unit 180 merupakan sebahagian daripada rangkaian Biro Umum Reconnaissance (RGB) iaitu agensi perisikan utamanya di luar negara.

“Unit 180 ini terlibat dengan aktiviti penggodaman institusi kewangan dengan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mengeluarkan wang daripada akaun bank,” katanya. –REUTERS