Pelapor khas PBB bagi hak asasi manusia dan anti-keganasan, Ben Emmerson, melancarkan siasatan itu secara rasmi, semalam sebagai tindak balas kepada permintaan Rusia, China dan Pakistan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UNCHR, siasatan itu akan menyediakan 'penilaian penting tentang bukti kematian orang awam'.

Inkuiri itu juga akan membuat cadangan kepada Perhimpunan Agung PBB bagi menggalakkan negara lain 'menyiasat serangan yang bertentangan dengan undang-undang dan tidak profesional itu'.

"Ini bukan siasatan terhadap pelancaran drone oleh sesebuah negara, tetapi kesan kepada penggunaan teknik serangan itu," kata Emmerson kepadaal-Jazeera.

Menurutnya, isu ini sangat penting dan perlu ditangani masyarakat antarabangsa dengan segera.

Wartawan kanan di Biro Siasatan Wartawan (TBIJ) yang beribu pejabat di London, Chris Woods berkata, lebih 400 pesawat drone Amerika Syarikat beroperasi di Pakistan, Yemen dan Somalia ketika ini yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3,000 orang maut. - AGENSI