Beliau berkata:”Saya mungkin menggenakannya ke seluruh negara untuk melindungi rakyat negara ini”.

Duterte berkata, pelaksanaan di kepulauan Mindanao adalah untuk tempoh setahun sekiranya perlu.

Bagaimanapun, tidak lama se­-
lepas pengumuman pengenaan undang-undang tentera itu di-buat, seorang ketua polis tempatan telah dipenggalkan leher­nya manakala beberapa individu termasuk seorang paderi tempatan telah ditangkap dan dijadikan tebusan oleh kumpulan militan.

“Mereka (kumpulan militan) mengugut untuk membunuh tebusan jika pihak kerajaan enggan memenuhi tuntutan mereka,” kata Presiden Persidangan Gareja Bishop Katolik Filipina, Socrates Villegas dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Duterte terpaksa memendekkan lawatannya ke Rusia selepas satu insiden keganasan tercetus ketika serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa Filipina ke atas kubu Daesh di Marawi, Kepulauan Mindanao, semalam.

Insiden itu meragut nyawa dua anggota tentera dan seorang anggota polis selain mencederakan 12 yang lain di bandar yang dihuni oleh kira-kira 200,000 penduduk Islam itu.

“Pemerintahan tentera ini tiada bezanya dengan apa yang pernah dilakukan bekas Presiden Filipina (Ferdinand Marcos). Jadi, saya juga akan berkeras dalam hal ini.

“Jika pemerintahan itu memakan masa hingga setahun sekalipun, kita akan tetap jalankan dan jika ia berakhir dalam tempoh sebulan, mungkin saya akan lebih gembira.

“Kepada seluruh penduduk Filipina, jangan terlalu takut. Saya akan pulang dan menangani masalah ini sebaik sahaja sampai,” kata Duterte.

Marcos melaksanakan peme­rintahan tentera di Filipina pada tahun 1972 hingga 1981 selepas dilantik sebagai Presiden pada tahun 1965 sebelum dijatuhkan menerusi revolusi Kuasa Rakyat pada tahun 1986.

Dalam perkembangan berasing-
an, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan memuji pendekatan yang digunakan Duterte dalam kempen me­merangi dadah di Filipina.

“Banyak negara menghadapi masalah ketika ini termasuk kami sendiri (AS). Bagaimanapun, apa yang anda (Duterte) lakukan ini adalah sesuatu yang hebat,” kata Trump. – REUTERS/AFP