Para pegawai hidupan liar berkata, berat badan monyet tersebut meningkat 15 kilogram kerana makan semua makanan yang diberi oleh orang ramai.

Haiwan itu memakan tembikai, susu, jagung manis, mi segera yang sering kali diberi oleh para pelancong, lapor portal Mirror.

Kumpulan Pemuliharaan Primat, 'Monkey Lovers’ berkata, 'Uncle Fatty’ tidak menghidap sebarang penyakit tetapi terlalu gemuk dan perlu menjalani diet sehingga beratnya mencecah lapan kilogram.

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar dan Taman Negara telah memindahkan haiwan berkenaan ke pusat perlindungan hidupan liar Nakhon Nayok kira-kira 161 kilometer daripada tempat asalnya bagi membolehkannya mendapat rawatan kesihatan.

'Uncle Fatty’ juga akan menjalani latihan kecergasan seperti berlari dan berayun bersama-sama haiwan lain untuk mengurangkan berat badan.

Penganjur, Kawinoat Mong­Khol­techaphat berkata, haiwan itu memainkan peranan penting dalam kumpulan spesiesnya yang bebas berkeliaran di pasar berkenaan.

“Uncle Fatty merupakan ke­tua kepada monyet yang masih muda dan mengajar monyet-monyet lain tentang cara untuk hidup,’’ katanya.

Jelas beliau, monyet berkenaan sudah tua dan hanya gemar duduk dan makan sedangkan mereka mahu haiwan berkenaan menjalani aktiviti yang lebih cergas.