Tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah melancarkan inisiatif ‘haji pintar’, aplikasi untuk membantu jemaah haji dari rancangan perjalanan sehingga ke penjagaan perubatan.

Kementerian Dalam Negeri berkata jumlah jemaah yang tiba di Mekah telah melepasi dua juta , kebanyakannya dari luar negara termasuk dari Mesir, India, Pakistan dan Bangladesh.

Kebanyakan jemaah haji mulai bergerak pada hari ini dari Mekah ke Lembah Mina.-AFP