Menurut portal berita BBC, Makmal Penyelidikan Pengangkutan (TRL) Britain akan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan ujian tersebut.

Berdasarkan perancangan yang dilakukan, konvoi itu bakal melibatkan formasi tiga buah lori dan pergerakannya termasuk pe­cutan dan brek akan dikawal oleh sebuah kende­raan utama yang akan dipandu secara manual oleh manusia.

TRL akan melaksanakan ujian teknologi pada trek percubaan dan kesemua ujian ini di jangka dilakukan di jalan raya utama menjelang akhir 2018.

Kerajaan merancang pro­jek berkenaan sejak 2014 dan mengumumkan untuk melaksanakan ujian percubaan pada tahun lalu sebelum menangguhkan­nnya berikutan beberapa usahawan lori Eropah me­nolak untuk menyertai pro­­jek tersebut.

Ujian lori tanpa pemandu sudah dijalankan di beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun.

Bagaimanapun, pe­lak­sa­naan ujian berke­naan menimbulkan ke­bim­ba­ngan dalam konteks ke­selamatan.

Presiden Persatuan Per­­motoran British AA, Edmund King berkata, semua pihak ingin mempromosi kaedah menjimatkan penggunaan petrol dan me­­ngurangkan kese­sakan lalu lintas, namun tidak melihat lori tanpa pemandu sebagai jalan penyelesaian terbaik.

“Konvoi lori boleh menyebabkan pemandu lain tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas, selain tidak sesuai dilakukan di jalan raya yang sibuk.

“Konvoi itu boleh dila­kukan di jalan raya yang lengang dan panjang se­perti di Arizona atau Nevada, namun ini bukan AS,” katanya. – AGENSI