Projek yang bakal menjadi kenyataan menjelang tahun 2020 itu dijalankan dengan kerjasama be­­berapa syarikat yang terlibat dalam penghasilan pesawat termasuk Embraer dan Bell Helicopter.

Portal BBC melaporkan, dua buah bandar akan bekerjasama bagi menjayakan perkhidmatan itu pada peringkat permulaan iaitu Dallas di Amerika Syarikat (AS) dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Objektif kerjasama ini ialah bagi membangunkan kenderaan masa depan yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL).

“Pelanggan hanya perlu menekan butang dan akan merasai pe­nerbangan berkelajuan tinggi ketika dibawa mengelilingi bandar,” kata Uber dalam satu kenyataan di sini.

Syarikat tersebut mendakwa, walaupun perkhidmatan terbaharu itu lebih canggih, namun kos untuk menggunakannya tidak jauh berbeza berbanding menaiki kereta biasa.

Difahamkan, ‘kereta terbang’ itu akan membuat penampilan ‘sulung’ ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi Uber Elevate Network pada Ekspo Sedunia 2020 di Dubai.

Syarikat yang sama juga berharap dapat mengkomersialkan sepenuhnya perkhidmatan itu menjelang tahun 2023 nanti. – AGENSI/AFP