Berdasarkan jurnal perubatan, The Lancet yang diterbitkan pada Khamis lalu, cara untuk mengelakkannya adalah dengan membuat perubahan kepada diet global dengan makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang sebanyak dua kali ganda selain mengurangkan pengambilan gula serta daging merah.

“Kita berada dalam ‘malapetaka’,” kata pengarang bersama yang juga profesor di Universiti London, Tim Lang di sini baru-baru ini.

Pada masa ini, hampir satu bilion orang kelaparan manakala dua bilion lagi makan terlalu banyak makan yang salah sehingga menyebabkan obesiti, penyakit jantung serta kencing manis.

Berdasarkan laporan terkini Global Disease Burden, diet yang tidak sihat menyebabkan 11 juta kematian setiap tahun yang sebenarnya boleh dielakkan. -AFP