Naib Canselor Universiti Pertanian Faisalabad (UAF), Zafar Iqbal seperti dipetik melalui laman sesawang universiti yang terletak di wilayah Punjab itu sebagai berkata, perubahan itu dilakukan bagi mempromosikan budaya timur dan tradisi Islam dalam kalangan belia.

“Dalam budaya kita, wanita diperkasakan dan dihormati sebagai saudara perempuan, ibu, anak perempuan dan isteri.

“Selama ini kita melupakan budaya ini, dan budaya Barat berakar dalam masyarakat,” katanya.

Jurucakap universiti, Qamar Bukhari memberitahu, UAF sedang mencari dana bagi menyumbang tudung kepada sekurang-kurangnya 1,000 penuntut perempuan.

“Tudung ini akan diserahkan oleh pentadbiran universiti dengan tujuan memastikan wanita dihormati,” jelasnya.

Pada 2017, Mahkamah Tinggi Islamabad melarang sebarang sambutan Valentine’s Day di seluruh negara. – AFP