Keputusan itu dibuat sebagai usaha bagi menangani taktik yang digunakan oleh ejen perisikan Rusia serta pihak lain yang dipercayai menggunakan kaedah tersebut untuk menularkan sesuatu maklumat atau berita.

Syarikat yang berpangkalan di sini itu memberitahu bahawa pengguna juga tidak dibenarkan menggunakan perisian yang membolehkan mereka like atau retweet maklumat daripada pelbagai akaun lain.

Twitter yang terkenal sebagai medium perbincangan bebas dalam konteks mesej pendek kini berdepan dengan tekanan apabila pelbagai pihak teruta­ma­nya pengguna dan kerajaan Barat menggesa supaya rangkai­an media sosial itu mengambil langkah proaktif untuk mena­ngani penyebaran berita palsu dan propaganda asing.

Twitter sebelum ini sering menyebarkan propaganda de­ngan bantuan akaun automatik yang dikenali sebagai ‘bots’ dan perkara itu dapat dilihat sebelum pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 2016 serta berterusan menyemarakkan suasana politik di negara ini.

Ketua polisi Twitter, Yoel Roth berkata, sekatan terbaharu itu bertujuan meningkatkan kualiti maklumat.

“Perubahan ini pen­­­ting untuk memastikan semua pe­ng­guna terhindar da­ripada pelbagai berita palsu terma­suk isu pilihan raya AS dan di seluruh dunia.

“Memuat naik me­sej atau maklumat secara berulang kali secara tidak langsung menaikkan senarai trending dan boleh mencetuskan tular dalam kalangan pengguna media sosial biarpun berita yang disampaikan adalah palsu,” katanya.

Twitter memberikan tempoh sehingga 23 Mac ini sebelum menutup mana-mana akaun yang terlibat, namun bots diberi pengecualian dalam menyebarkan berita berkaitan bencana alam seperti amaran gempa bumi. – REUTERS