Langkah itu dibuat selepas Twitter berdepan dengan tindakan undang-undang Amerika Syarikat (AS) berhubung maklumat tidak lengkap mengenai perbelanjaan iklan dalam media sosial berkenaan terutamanya berkaitan kempen politik di negara ini.

Kewujudan pusat iklan itu juga dilihat sebagai satu daripada usaha untuk membolehkan pengguna Twitter mengenal pasti sama ada iklan yang diletak dalam media sosial itu adalah iklan kempen politik dan siapa yang membayar mereka untuk memasukkan iklan tersebut.

Pusat iklan tersebut turut membenarkan penggunanya meng­akses beberapa maklumat termasuk data sasaran demografik dari kumpulan pengiklan politik AS beserta maklumat pembayaran dan jumlah kos perbelanjaan iklan terbabit.

Menerusi satu blog, Twitter memaklumkan bahawa pusat iklan itu akan menyenaraikan semua pengiklan di seluruh dunia, namun buat masa kini, ia hanya melibatkan iklan kempen politik kerajaan AS.

Dalam pada itu, Facebook Incorporation juga mengambil langkah yang sama dengan membenarkan penggunanya melihat senarai semua iklan kempen yang aktif sama ada berkaitan dengan politik atau sebaliknya.

Selain itu, pengguna Facebook turut boleh melihat rekod daftar perubahan nama iklan yang dibuat dalam media sosial tersebut.

Kemudahan itu dijangka dapat membantu pengguna mengesan sebarang penyalahgunaan dalam Facebook. – REUTERS