John Alexander, daripada Parti Liberal yang juga bekas pemain tenis negara itu, menjadi mangsa terbaharu krisis perlembagaan negara itu.

Alexander mengumumkan peletakan jawatan itu selepas gagal menentukan sama ada beliau turut mewarisi kerakyatan United Kingdom (UK) daripada bapanya yang merupakan seorang pendatang.

Peletakan jawatannya itu merupakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Australia pada 27 Oktober lalu yang memaksa lima ahli politik lain meletak jawatan kerana perlembagaan melarang individu yang mempunyai dua kewarganegaraan daripada menduduki kerusi Senat dan Dewan Rendah.

Kelima-lima mereka terma­suklah Timbalan Perdana Menteri, Barnaby Joyce yang juga pemimpin Parti Nasional.

Jika Parlimen bersidang pada hari Isnin ini tanpa Alexander maka Turnbull hanya menguasai 74 daripada 150 kerusi dalam Dewan Perwakilan manakala parti pembangkang, Parti Buruh menguasai 69 kerusi, selebihnya dikuasai oleh parti-parti kecil dan bebas.

Penyokong kuat Parti Buruh, Tony Burke, hari ini berikrar akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan melalui perundangan itu yang mendapat tentangan daripada kerajaan pakatan Turnbull tetapi disokong oleh parti bebas.

“Apa yang kita lihat hari ini di Parlimen ialah kerajaan tanpa majoriti. Perdana Menteri tanpa kuasa,’’ katanya.

Turnbull menolak berlakunya undi tidak percaya atau halangan dalam perundangan penting itu.

“Perkara ini tidak akan berlaku,’’ katanya di Danang, Vietnam ketika menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Alexander ketika mengumumkan peletakan jawatan itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu memaksa beliau meneliti status kewarganegaraannya walaupun beliau dilahirkan di Australia.

Beliau kini terpaksa melalui pilihan raya kecil di daerah Bennelong, Sydney untuk kembali ke Parlimen tetapi persaingan dijangka sengit. – AFP

SYDNEY 11 Nov.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull hilang kuasa di Parlimen selepas seorang lagi ahli Parlimen daripada parti gabungannya meletak jawatan kerana mempunyai dua kewarganegaraan.

John Alexander, daripada Parti Liberal yang juga bekas pemain tenis negara itu, menjadi mangsa terbaharu krisis perlembagaan negara itu.

Alexander mengumumkan peletakan jawatan itu selepas gagal menentukan sama ada beliau turut mewarisi kerakyatan United Kingdom (UK) daripada bapanya yang merupakan seorang pendatang.

Peletakan jawatannya itu merupakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Australia pada 27 Oktober lalu yang memaksa lima ahli politik lain meletak jawatan kerana perlembagaan melarang individu yang mempunyai dua kewarganegaraan daripada menduduki kerusi Senat dan Dewan Rendah.

Kelima-lima mereka termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Barnaby Joyce yang juga pemimpin Parti Nasional.

Jika Parlimen bersidang pada Isnin ini tanpa Alexander maka Turnbull hanya menguasai 74 daripada 150 kerusi dalam Dewan Perwakilan manakala parti pembangkang, Parti Buruh menguasai 69 kerusi, selebihnya dikuasai oleh parti-parti kecil dan bebas.