Menurut sumber diplomatik negara ini, Ankara mengambil berat terhadap keselamatan orang awam dan tuduhan bahawa Turki bertanggungjawab berhubung serangan gas adalah tidak benar.

"Turki tidak pernah menggunakan senjata kimia, penipuan ini adalah suatu propaganda," katanya bagi membalas kenyataan pihak hospital di Afrin.

Hospital berkenaan mendakwa enam lelaki yang diberi rawatan semalam selepas serangan udara mempunyai simptom-simptom pendedahan terhadap ejen toksik.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan udara sama ada dari Turki atau sekutunya mengenai Al-Sheikh Hadid di barat bandar Afrin menyebabkan enam orang mengalami kesukaran bernafas dan masalah mata. - AFP