Menurut Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, langkah tersebut mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meskipun Pentagon memberi amaran keras kepada Ankara.

“Kita secara rasmi memaklumkan akan memulakan operasi ketenteraan di Timur Euphrates.

“Perbincangan telah dibuat dengan Trump dan beliau memberikan respons positif,” katanya ketika berucap di Wilayah Konya, di sini semalam.

Rmah Putih enggan memberikan respons mengenai ucapan Erdogan namun mengesahkan bahawa kedua Presiden itu ada bercakap dalam telefon mengenai Syria pada Jumaat lalu.

Pada minggu lalu, Pentagon menyatakan tindakan ketenteraan berseorangan oleh mana-mana pihak di Timur Laut Syria yang mana tentera AS beroperasi tidak diterima. - REUTERS