Pihak tentera bertindak menempatkan kenderaan mereka di bandar sempadan Mursitpinar berhampiran bandar Kurdish, Ain al-Arab selepas peluru sesat mengenai beberapa perkampungan Turki.

Kerajaan memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan usul kepada Parlimen bagi membenarkan tentera bertindak di Iraq dan Syria seterusnya bergandingan dengan Amerika Syarikat (AS) menentang pejuang IS.

Jurucakap Parlimen, Cemil Cicek berkata, usul berkenaan akan dikemukakan di Parlimen. - AFP