Menurut pemimpin itu, memulaukan Qatar tidak akan menyelesaikan masalah rantau itu selain berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi menamatkan krisis rantau ber­kenaan.

“Kami tidak akan me­ning­galkan saudara kami, Qatar. Malah saya mempunyai permintaan khas kepada pentadbiran Arab Saudi. Anda adalah negara paling besar dan berkuasa di Teluk. Kami menggelar anda sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’.

“Maka anda terutama­nya perlu mengusahakan per­­saudaraan. Anda per­lu me­nyatukan semula per­sau­­daraan. Ini yang kami harapkan daripada Arab Saudi,” kata Erdogan kepada ahli-ahli Parti Pemba­ngunan dan Keadilan (AK) semasa majlis berbuka puasa di sini semalam.

Berhubung sekatan itu, beliau mahu semuanya di­tarik balik sepenuhnya, la­por portal Al-Jazeera.

Ditanya tentang senarai individu dan pertubuhan kebajikan di Qatar yang dikaitkan dengan keganasan seperti kenyataan bersama Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Erdogan berkata, perkara itu tidak benar dan beliau mengetahui tentang pertubuhan terbabit.

Turki yang masih menge­kalkan hubungan baik dengan Qatar termasuk beberapa negara jiran Teluk telah menawarkan bekalan makanan dan air bagi menampung kekurangan bekalan.

“Mereka yang merasa tidak selesa dengan pendirian kami terhadap saudara kami, Qatar dan membekalkan makanan terhadap negara itu, kami memohon maaf namun kami akan te­rus memberi sokongan kepada saudara kami,” kata­nya yang menambah Turki tidak pernah melihat Doha memberi sokongan kepada keganasan.

Pada Rabu lalu, Parlimen Turki mengesahkan dua perjanjian untuk menghantar pasukan tentera ke Qatar dan melatih pasukan ke­selamatan negara itu.

Perjanjian tersebut me­nyasarkan peningkatan kerjasama tentera Qatar yang telah ditandatangani pada April tahun lalu di Doha.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan pihak­nya tidak terikat dengan se­narai pengganas yang di­keluarkan Arab Saudi sebaliknya hanya terikat dengan senarai sekatan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB.