Menteri Keluarga dan Dasar-dasar Sosial Turki, Fatna Betul Sayan Kaya. - Agensi

Menteri Keluarga dan Dasar-dasar Sosial, Fatna Betul Sayan Kaya berkata, perjuangan Turki menentang keganasan penting bukan sahaja untuk negara itu tetapi juga Eropah dan luar rantau tersebut.

“Sudah tiba masanya negara-negara Eropah menyertai Turki dalam menentang keganasan. Kita wajar bersatu dan bekerjasama memerangi keganasan,” katanya.

Sebelum ini, Turki berdepan situasi genting apabila kumpulan pemberontak yang diketuai oleh Fethullah Gulen didakwa cuba merampas kuasa pada 15 Julai tahun lalu.

Namun cubaan kudeta itu dipatahkan apabila rakyat Turki bangkit menghalang usaha tersebut. - BERNAMA