Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memberi amaran kepada IS supaya tidak menyerang satu kawasan milik negara ini di Syria yang kini dikawal tentera Turki.

Beliau berkata, Ankara akan sentiasa memerangi IS dan kumpulan pengganas lain di rantau ini.

"Kami juga akan meneruskan usaha untuk menyingkirkan Assad, membantu melindungi integriti di Syria dan menyokong Perlembagaan,'' katanya.

Kemaraan IS sehingga ke sempadan Syria dan Turki meningkatkan tekanan ke atas Ankara untuk memainkan lebih besar dalam tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan udara ke atas kumpulan militan itu di Syria dan Iraq sejak bulan lalu.

Erdogan berkata, Ankara akan bertindak balas jika IS menyerang kawasan berdekatan makam Suleyman Syah di Syria yang merupakan kawasan milik Turki di bawah satu perjanjian pada 1920.

Makam itu dikawal oleh berpuluh-puluh askar Turki dan terletak 20 kilometer dari selatan sempadan Turki di Sungai Euphrates.

Beliau turut menafikan laporan yang mendawa IS berjaya menawan kawasan itu dan menahan askar-askar berkenaan. - AFP