Timbalan Perdana Menteri, Veysi Kaynak berkata, kerajaan sedang menggiatkan usaha bagi memastikan rakyat tidak akan terjejas dengan gas toksik ber­kenaan yang menurut pakar boleh merosakkan wilayah tersebut.

Kaynak yang memetik Jabatan Pengurusan Bencana dan Meteo­rologi Turki menjelaskan, situasi terburuk adalah awan hujan toksik itu akan melalui sempadan wilayah Hakkari di tenggara negara ini dan bergerak menuju Laut Caspian.

Pengarang Meteorologi di ste­sen penyiaran NTV, Gokhan Abur berkata, bermula 27 Oktober lalu, tiupan angin dari bahagian tenggara membawa asap toksik bersama hujan.

“Hujan akan meningkatkan kelembapan di kawasan itu, jadi apabila air bergabung dengan sulfur dioksida serta wap air, ini akan membentuk asid yang dikenali sebagai asid sulfurik.

“Titisan hujan ini mengan­dungi asid dan akan mero­sakkan tumbuh-tumbuhan,” ka­­­­­tanya sebagaimana lapor 
por­­­tal Mail Online.

Selain membakar kilang sulfur, militan Daesh turut menggunakan pelbagai taktik lain termasuk membakar telaga minyak dan tayar bagi melindungi kumpulan itu daripada serangan udara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Jabatan Kesihatan Iraq menerima lebih 1,000 kes sesak nafas di beberapa lokasi di selatan Mosul, kebanyakannnya berhampiran kawasan Qayyarah sejak operasi ketenteraan di bandar itu bermula 
bulan ini.