Tindakan kumpulan berhaluan kanan Perancis di bandar Lille itu dipercayai didorong oleh kenyataan pemimpin Parti Barisan Nasional, Marine Le Pen yang mendakwa Pe­rancis ‘tidak lagi selamat’ dan mahu negara mengambil semula kawalan sempadannya selepas serangan Jumaat lalu yang mengorbankan seramai 129 orang.

Bagaimanapun, gangguan kumpulan itu yang melaung-laungkan slogan ‘Keluar Islam’ dan membakar suar berjaya dihentikan selepas mereka dikejar kumpulan Liga Hak Asasi Manusia (HRL) yang membe­ritahu mereka, ‘Berambus fasis’.

Mail Online melaporkan, perhimpunan itu bermula pada pukul 3 petang waktu tempatan sebelum penunjuk perasaan berkenaan ‘menyerang’ dataran utama bandar itu sambil melaung-laungkan mesej anti-Islam dan membakar bunga api kira-kira 15 minit kemudian.

Kumpulan itu turut melaung-laungkan mesej anti-Islam ke arah polis Lille yang dipanggil untuk mengawal keadaan sebelum situasi tidak dapat dikawal sehingga me­rebak ke jalan raya sekali gus mengganggu aliran trafik.