Ketua Badan Pengemba­ngan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Dalam Negeri, Dadang Sunendar berkata, perkara itu termaktub dalam Fasal 33 Ayat (1) Undang-undang Republik Indonesia Nombor 24 Tahun 2009 tentang Bendera, Bahasa dan Lambang Negara serta Lagu Kebangsaan.

“Bahasa Indonesia wajib digunakan dalam komunikasi rasmi di persekitaran kerja awam dan swasta,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik oleh Republika.

Dalam pada itu, bekas Ke­tua Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Maryanto berkata, urusan mengembangkan bahasa Indonesia berdepan dengan pelbagai cabaran.

Salah satu daripada cabaran tersebut adalah institusi bahasa.

Sementara itu, bekas Ketua Agensi Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Mahsun menegaskan penggunaan bahasa asing ketika kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan dan melanggar undang-undang.

“Itu jelas salah dan tidak dibenarkan sekiranya mereka menggunakan bahasa asing selain Indonesia,” katanya.

Menurut Mahsun, pilihan raya adalah acara rasmi untuk membentuk negara dan sebarang bentuk serta teknik adalah rasmi dari Indonesia, termasuk perlu menggunakan bahasa Indonesia.

“Kalau ada warga asing yang menyertai pilihan raya, mereka juga perlu mempunyai kebolehan berbahasa Indonesia,” tegasnya.