Pesakit, Paul Wood sebelum itu mengadu sakit kepala dan pening beberapa bulan yang lalu dan menjalani beberapa diagnosis.

Seorang pakar bedah saraf di UC San Francisco memberitahunya bahawa dia mengalami pendarahan otak. Sementara seorang ahli radiologi pula memaklumkan kepadanya bahawa imbasan menunjukkan dia menghidap tumor otak.

Kedua-dua masalah yang dihadapi itu memerlukan pembedahan otak yang berisiko. Namun, sehari sebelum pembedahan membuang tumor dilakukan, imbasan terbaru tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa di otak Wood.

Doktor masih tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku, namun Wood yakin bahawa apa yang berlaku adalah keajaiban daripada Tuhan. – ODDITYCENTRAL