Perintah itu dikuatkuasakan selepas 500 pengguna in­ternet berkongsi satu klip video mangsa yang ketika itu masih di bawah umur.

Hakim Mahkamah Agung Manhattan, David Cohen telah memberikan tempoh lima hari kepada Tumblr untuk menye­rahkan butiran tersebut bagi membolehkan mangsa menya­man individu berkenaan.

Cohen ketika memberitahu New York Post berkata, pihak­nya telah mengarahkan Tumblr berbuat demikian mengenai maklumat pendaftaran akaun pihak yang berkongsi imej serta video terbabit.

Mangsa yang kini berusia 27 tahun mendakwa, perkara itu telah memberikan tekanan dalam hidupnya.

Dalam klip itu, mangsa yang berasal dari Bronx, telah mela­kukan seks ketika berusia 17 tahun dan perbuatan itu dirakam tanpa pengetahuannya.

Mangsa juga tidak menye­dari rakaman video berkenaan telah tular di laman media sosial berkenaan sehingga dia menerima satu mesej di Facebook.

Video tersebut didakwa telah disiarkan pada Disember lalu termasuk pautan profile mangsa di Facebook.

Namun, klip video itu telah ‘dibuang’ selepas satu artikel di­siarkan oleh New York Post dan mangsa membawa perkara itu ke mahkamah pada Mac lepas.

Walau bagaimanapun, tiada wakil Tumblr hadir sepanjang perbicaraan.