Lapor BBC, polisi itu diumumkan selepas Tumblr dibuang daripada gedung pembelian atas talian milik Apple iaitu App Store berikutan terdapatnya imej penderaan kanak-kanak pada laman terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jeff D'Onorio menegaskan Tumblr sentiasa mempunyai polisi sifar tolak ansur terhadap kandungan berbentuk sedemikian tetapi mahu meningkatkan keselamatan dalam laman tersebut.