Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tuduh HSA: Portal The Independent SG minta maaf

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Portal Singapura, The Independent SG telah menarik balik artikel kontroversi mendakwa kematian seorang warga negara tersebut yang menjadi mangsa langgar lari, Justinian Tan berpunca da­ripada kecuaian pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

S. Subramaniam

Artikel yang disiarkan pada 31 Ogos lalu itu telah digantikan dengan permohonan maaf yang bertajuk ‘Kami minta maaf!’, selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam mahu menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Singapura bagi menyatakan rasa tidak puas hati kementerian berhubung penyiaran berita tanpa fakta oleh portal tersebut dan mengambil tindakan undang-undang.

“Kami memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan ekoran kepayahan dan kesedihan akibat daripada kejadian ini,” menurut permohonan maaf berkenaan.

Semalam, Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan peguam bagi mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana tuduhan itu menyakiti imej negara dan reputasi kakitangan penjagaan kesihatan yang telah bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa remaja warga Singapura yang mengalami kece­deraan serius di bahagian otak selepas dilanggar oleh sebuah kereta di Johor Bahru minggu lalu.

Subramanian berkata, tuduhan itu ‘sangat serius kerana Kementerian Kesihatan mempu­nyai prinsip iaitu menyelamatkan nyawa manusia sentiasa diberi keutamaan’.

Mengikut artikel asal yang memetik rakan Justinian yang juga terlibat dalam kemalangan pada 25 Ogos lalu, ambulans dikatakan mengambil masa 30 minit walhal hospital hanya terletak sembilan kilometer dari tempat kejadian.

Kakitangan hospital juga dituduh meminta bayaran deposit sebanyak RM2,700 sebelum me­rawat Justinian dan seorang lagi rakannya yang cedera akibat kemalangan tersebut selain bayaran seba­nyak RM1,350 bagi melakukan imbasan otak ke atas Justinian.

Seorang daripada rakan Justinian yang dikenali sebagai Jo­shua De Rozario selepas itu mengatakan mungkin berlaku masalah komunikasi kerana kakitangan hospital berkenaan bercakap dalam bahasa Melayu iaitu bahasa yang tidak begitu difahaminya.

Justinian meninggal dunia pada 30 Ogos di Singapura. Ibu bapanya telah memindahkan remaja berkenaan dari HSA walaupun doktor telah memberi amaran mengenai risiko yang bakal dialami Justinian akibat kecederaan serius di bahagian otak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain