Yanghee Lee membuat permin­taan tersebut menerusi satu la­po­ran yang dikemukakan kepada Majlis Hak Asasi PBB, yang menga­dakan persidangan tahunan­nya di sini, semalam.

Dalam laporannya, Lee menggesa supaya semua 47 buah negara anggota majlis terbabit me­nubuhkan COI untuk ‘men­yiasat sistem, struktur serta diskriminasi etnik dalam bentuk dasar, undang-undang dan amalannya’.

Pada masa yang sama, Lee mahu ‘penganiayaan yang berlarutan terhadap penduduk Ro­hingya serta etnik minoriti lain di Rakhine’ turut disiasat.

Jelas Lee, siasatan tersebut seharusnya menumpukan kejadian keganasan yang berlaku pada ta­hun 2012, 2014 dan kekerasan tentera terhadap penduduk Ro­hingya di Rakhine sejak bulan Oktober lalu.

Tambahnya, setiap kejadian yang dipersoalkan mungkin ‘me­ngundang pertambahan jenayah kemanusiaan’.

Pasukan keselamatan Myanmar sebelum ini dituduh terlibat dengan perbuatan merogol, membunuh serta menyeksa penduduk Rohingya dalam operasi di Rak­hine yang dilancarkan sejak bulan Oktober lalu.

Myanmar bagaimanapun menafikan pembabitan tenteranya dalam semua pertuduhan berke­naan walaupun menerima teka­nan antarabangsa yang menganggap negara itu bersikap ‘berat sebelah’ dan tidak adil.

Dalam pada itu, penubuhan COI perlu dibuat menerusi satu resolusi yang diluluskan oleh ne­ga­ra-negara anggota majlis hak asasi tersebut.

Bagaimanapun, usul terbabit per­lu dibentangkan sebelum sesi persidangan tersebut berakhir hujung bulan ini. – AFP