Daily Mail melaporkan, insiden berlaku di Orsk menyebabkan badan Karina Baymukhambetova berkecai.

Seorang remaja lelaki yang tidak diketahui identitinya, dipercayai ahli keluarga mangsa, sempat melompat untuk menyelamatkan diri.

Pemandu kereta api tersebut bertindak menarik brek kecemasan apabila dia melihat seorang remaja di atas landasan, namun sudah terlambat dan kenderaan itu merempuh mangsa.

Media tempatan melaporkan, remaja lelaki berkenaan pada awalnya memberi amaran kepada mangsa namun Karina membalas: “Jangan takut apa-apa dalam hidup.”