Ketika bercakap mengenai dasar baharu Cuba di Miami, Trump akan mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengubah beberapa peraturan terdahulu ketika di bawah pimpinan Barack Obama.

Trump, akan mengambil pendekatan lebih keras terhadap Cuba selepas berjanji berbuat demikian dalam kempen Presiden tahun lalu.

Beliau bakal menggariskan penguatkuasaan lebih ketat terhadap larangan rakyat Amerika yang melancong ke Cuba serta mengelakkan duit dolar AS digunakan sebagai dana untuk membiayai Cuba. - REUTERS