Menerusi Twitter, Trump berkata, keputusan carian Google untuk `Trump News’ hanya menunjukkan laporan kenyataannya tentang berita media palsu.

``Mereka telah memanipulasinya. Saya dan yang lain,’’ katanya.

Beliau turut menyalahkan Google kerana melakukan tindakan bahaya dan menyekat suara politik konservatif.

``Ini adalah situasi amat serius yang perlu kepada tindakan,’’ katanya tanpa mengulas lanjut. - Reuters