Langkah itu menurut Trump boleh dilaksanakan mengikut Pindaan ke-14 Perlembagaan AS - dengan perintah eksekutif.

Walaupun Trump menegaskan beliau boleh mengubah hak kewarganegaraan itu dengan perintah eksekutif tetapi perlu melalui proses yang panjang bagi meminda Perlembagaan.

“Kami merupakan satu-satunya negara di dunia di mana apabila seseorang masuk ke negara ini, mempunyai anak dan orang itu secara automatiknya adalah rakyat Amerika dan menikmati faedah selama 85 tahun.

“Ia mengarut dan perlu ditamatkan. Pindaan itu masih dalam proses, ia akan berlaku - dengan perintah eksekutif,” kata Trump. - AFP