Tillerson, bekas ketua eksekutif Ex­xonMobil, hanya dilantik untuk tugas itu lebih setahun lalu.

Sambil menyatakan te­rima kasihnya kepada Til­lerson atas khid­matnya di Twitter, Trump menambah, Setiausaha Ne­gara baharu akan melakukan “tugas yang hebat”.

Presiden juga me­­namakan Gina Haspel untuk menjadi pengarah wanita pertama CIA.

Difahamkan Trump mahukan perubahan Kabinet dilakukan sebelum pertemuan dilakukan dengan Korea Uta­ra.