Presiden Amaerika Syarikat (AS) itu menyelar kenyataan yang dibuat Cohen pada Rabu kepada seorang hakim persekutuan yang mengatakan beliau telah diarahkan oleh Trump untuk merasuah seorang wanita bagi memujuknya menutup mulut daripada mendedahkan yang kononya dia mempunyai hubungan sulit dengan bilionair hartanah berkenaan.

Kenyataan berkenaan dinyatakan Cohen sejam selepas bekas ketua kempen Trump, Paul Manafort didapati bersalah atas dakwaan penipuan cukai dan perbankan.

Pendakwaan terhadap Manafort merupakan kes pertama yang dihadapkan ke mahkamah oleh Pendakwa Raya Khas yang dilantik untuk menyiasat campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden AS 2016.

Walaupun masih belum jelas implaksi dakwaan tersebut terhadap Trump, kemungkinan berlaku lebih banyak pendedahan akan dibuat oleh Cohen dan meletakkan Ketua Parti Republikan berkenaan dalam komplikasi perundangan yang rumit.

Walaupun Trump, dalam satu temubual media mengakui, wang tutup mulut kepada bintang porno, Stormy Daniels dan model Playboy, Karen McDougal itu datang dari akaun peribadinya yang turut boleh diakses oleh Cohen, dia tidak tahu menahu mengenai transaksi haram itu serta menyatakan bahawa beliau sentiasa telus dalam hal ini.

“Soalan pertama saya selepas mengetahui mengenai perkara ini ialah ‘adakah wang itu datang dari dana kempen?’ kerana transaksi ini agak mencurigakan.

“Bayaran itu tidak menggunakan dana kempen. Wang berkenaan milik peribadi dan saya telah mengeluarkan Tweet mengenainya,” tegas beliau dalam rancangan temubual Fox and Friends di saluran Fox News pada Rabu.

Pengakuan salah Cohen atas dua dakwaan melanggar undang-undang kewangan kempen bersama enam dakwaan penipuan dan pendedahan beliau mengenai pembabitan Trump dalam tuduhan rasuah tersebut bakal membawa kesan besar terhadap pentadbiran Presiden AS berkenaan.

Bekas penasihat White House, Bob Bauer dalam blognya dalam hal ini memberikan rujukan kepada apa yang berlaku dalam skandal Wategate Presiden AS yang ke-37, Richard Nixon.

Katanya, Nixon menyedari dia akan menghadapi masa hadapan yang samat sukar selepas beliau mendapat tahu salah seorang peguamnya menjadi saksi kepada kerajaan dalam siasatan dan perbicaraan skandal berkenaan. - AGENSI