Bagaimanapun menurut peguamnya, Rudy Giuliani hari ini menyatakan, beliau tidak merancang untuk berbuat demikian.

“Beliau tidak merancang tetapi beliau mungkin melakukannya,” tambah Giuliani sambil berkata bahawa Trump tidak berniat untuk mengampunkan dirinya sendiri tetapi Perlembagaan AS memberi kuasa pengampunan kepada seorang Presiden dan tidak menyatakan seorang Presiden tidak boleh mengampunkan dirinya sendiri.

Mueller kini sedang menyiasat sama ada Rusia mempunyai campur tangan dalam pilihan raya presiden selain sama ada kempen Trump bersubahat dengan Moscow. -REUTERS