Menu­rut portal BBC.com, Trump telah menggunakan khidmat guaman Kasowitz sejak lebih daripada satu dekad lalu.

Kasowitz dan Rumah Putih sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi pelantikan tersebut.

Dalam pada itu, Kasowitz sebelum ini pernah mengugut untuk menyaman akhbar New York Times jika mereka tidak menarik balik artikel berkaitan dakwaan Trump melakukan gangguan seksual terhadap wanita.

Akhbar berkenaan bagaimanapun enggan tunduk kepada amaran tersebut dan penarikan balik artikel terbabit tidak pernah diterbitkan

Minggu lalu, bekas pengurus Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Robert Mueller dinamakan sebagai peguam khas siasatan Jabatan Kehakiman.

Trump sebelum ini menafikan wujud sebarang kaitan antara Rusia dengan kempen pilihan raya beliau.

Walau bagaimanapun, agensi perisikan AS percaya Moscow cuba untuk mencampuri pilihan raya tahun lalu.

Gesaan supaya sisatan khas dilakukan meningkat selepas Presiden Trump memecat Pengarah FBI atau Biro Siasatan Persekutuan, James Comey, pada awal bulan ini.