Suspek utama kelahiran Australia yang berusia 28 tahun itu didakwa menerbitkan manifesto perkauman di media sosial sebelum melakukan serangan.

Menunjukkan konsperasi mengenai orang Eropah akan diganti dan butiran tentang dua tahun persediaan dan radikalisme yang membawa kepada serangan kejam tersebut.

“Saya bersimpati dan mengharapkan yang terbaik kepada rakyat New Zealand selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di dua masjid.

“Seramai 49 orang yang tidak bersalah telah meninggal dunia dalam keadaan yang langsung tidak dapat diterima dengan ramai yang mengalami kecederaan serius,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.

Tambahnya, AS bersama New Zealand dalam apa sahaja yang diperlukan mereka.

Sementara itu di London, Ratu Elizabeth II turut menyatakan kesedihan susulan kejadian serangan tersebut.

“Saya amat sedih dengan kejadian di Christchurch. Dalam waktu tragik sebegini, saya mendoakan semua rakyat New Zealand.

“Saya dan Putera Philip mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang meninggal dunia,” katanya. -AFP