Trump dikatakan bercuti di sebuah pusat peranginan golf miliknya, di Bedminster, New Jersey sekali gus membolehkan beliau melupakan seketika siasatan tentang dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden AS dan juga terbaharu, isu kebocoran maklumat kerajaan yang menjadi-jadi.

Pentadbiran White Hou­se, bagaimanapun men­­dakwa percutian Trump di Bedminster sebagai ‘cuti tapi kerja’ dengan membe­rikan alasan kerja penambahbaikan sistem penyejuk dan pemanas di pejabat Presiden sebagai punca beliau bercuti.

“Presiden akan terus be­­kerja dalam tempoh dua minggu itu,” kata jurucakap White House, Lindsay Walters.

Tindakan Trump bercuti ketika jadualnya sedang pa­dat bukanlah perkara baharu tetapi tindakan itu menarik perhatian kerana beliau sebelum ini mengkritik hebat tindakan Obama bercuti.

Dalam perkembang­an ber­kaitan, BBC mela­porkan, sebanyak empat individu te­lah didakwa berhubung kebocoran maklumat ketika pentadbiran Trump me­­ngenakan tindakan bagi membanteras aktiviti tersebut.

Peguam Negara AS, Jeff Sessions berkata, suspek di­dakwa mendedahkan maklumat sulit atau mempu­nyai hubungan tersembunyi de­ngan pegawai risikan asing.

Katanya, pihak pentadbiran telah meningkatkan tiga kali ganda siasatan kebocoran maklumat sejak bulan Januari.

Sementara itu, Penasihat Khas bagi siasatan campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden, Robert Mue­ller meminta White House menyediakan dokumen ber­­kaitan bekas penasihat keselamatan negara, Michael Flynn.

Menurut New York Times yang memetik sumber yang rapat dalam siasatan itu, walaupun permintaan ber­kenaan bukan satu sapina rasmi, permintaan dokumen terbabit adalah yang pertama pernah diketahui pernah diminta pasukan Mueller kepada White House. – AFP/REUTERS