Portal BBC memetik kenyataan Trump sebagai berkata, tindakan itu adalah 'langkah yang sepatutnya telah lama dilakukan dalam usaha 'mengembalikan' keamanan di Asia Barat.

Berucap sempena pengumuman itu di White House, Trump mendakwa, keputusan tersebut memberi 'manfaat' kepada ketiga-tiga pihak iaitu AS, Israel dan Palestin.