AFP melaporkan, Trump membuat gesaan itu dalam tempoh kurang daripada satu jam laporan serangan di London itu diterima.

“Kita perlu bijak dan berhati-hati. Kita mahu mahkamah untuk mengembalikan hak kita. Kita perlu larangan ini bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin,” tulis Trumph dalam akaun Twitter.

Sebagai membalas komen kontroversi sebuah laman web, Drudge Report, Trump menulis, AS akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada United Kingdom (UK) dan London khususnya.

“Kami akan berada di sana, kami bersamamu. Tuhan akan merestuimu,” tulisnya.

Sebelum ini, Trump pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula keputusan penggantungan larangan terhadap negara-negara yang majoriti Islam untuk memasuki negara ini.