Siasatan itu menjurus kepada dakwaan campur tangan Rusia semasa pilihan raya Presiden tahun lalu dan kemungkinan Moscow bersubahat dengan pasukan kem­pen Trump.

Bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey membe­ritahu Dewan Kongres minggu lalu bahawa beliau percaya pemecatannya daripada jawatan itu adalah bagi melemahkan agensi itu berhubung siasatan campur tangan Rusia.

Washington Post memetik lima individu yang diberikan taklimat atas permintaan tidak mahu nama mereka didedahkan berkata, Pengarah Risikan, Dan Coats; Ketua Agensi Keselamatan AS (NSA), Mike Rogers dan bekas Timbalan Pengarah NSA, Richard Ledgett bersetuju untuk ditemu bual pasukan penyiasat Mueller awal minggu ini.

Jelas laporan itu, halangan siasatan keadilan ke atas Trump bermula beberapa hari selepas Comey dipecat pada 9 Mei lalu menurut individu yang arif da­lam siasatan berkenaan.

Pasukan perundangan Trump dengan pantas mengecam la­po­ran yang dikeluarkan itu.

“Kebocoran maklumat FBI berhubung siasatan Presiden agak keterlaluan, tidak boleh dimaafkan dan tidak sah,” kata jurucakap pasukan perundangan Trump, Mark Corallo.

Pakar perundangan bagi pi­hak Mueller bagaimanapun enggan membuat kenyataan.

Beberapa pakar undang-undang memaklumkan bahawa pe­ngakuan Comey minggu lalu ia­itu Trump menjangkakan ke­­setiaan dan memberitahu Comey agar dapat menggugurkan siasatan ke atas bekas pembantu kanannya, mampu memperkukuhkan dakwaan ‘menghalang proses keadilan’ melibatkan Presiden AS terbabit.

Comey dalam pengakuannya minggu lalu tidak mendedahkan sama ada beliau percaya Presi­den mahu menghalang proses keadilan namun menambah per­­kara itu adalah terpulang kepada Mueller untuk memutuskannya.

Selepas pengakuan Comey, Trump mengumumkan beliau bebas daripada pendakwaan kerana bekas pengarah FBI itu mengesahkan ada mem­beritahunya sebanyak tiga kali iaitu Presiden tidak disiasat.

Walaupun Trump kemungkinan besar tidak berdepan pendakwaan jenayah, meng­halang proses keadilan boleh menjadi asas kepada pemecatan.

Bagaimanapun langkah itu akan berdepan halangan yang sukar kerana memerlukan kelulusan oleh Dewan Perwakilan AS, yang dikawal oleh sebahagian besar anggota Parti Republikan yang merupakan parti Trump. – REUTERS