Beliau memberitahu Reuters, pentadbiran White House juga berfungsi dengan baik.

Selain itu, Trump turut mempertahankan anak lelaki sulung­nya, Donald Trump Jr. yang dikatakan telah bertemu dengan seorang peguam Rusia ketika kem­pen pilihan raya presiden.

Terdahulu, Washington Post melaporkan, ekoran pertemuan tersebut, keadaan White House didakwa huru-hara, dengan sekutu Trump menyebutnya sebagai ‘badai kategori 5’.

Anggota perisikan AS percaya Moscow cuba campur tangan dalam kempen tahun lalu dan memastikan Trump memenangi pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, Trump membidas tuduhan tersebut dan mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin lebih memihak kepada calon Demokrat, Hillary Clinton.

“Terdapat banyak perkara yang saya lakukan bertentangan dengan apa yang Putin mahukan. Jadi apa yang saya dengar beliau lebih berminat mempunyai saya sebagai sekutunya, saya tidak berfikir sebegitu.

“Ia kerana apabila saya mahukan tentera yang kuat, Clinton tidak mahu membelanjakan wang untuk tentera. Itu adalah perkara yang Putin tidak suka,” kata Trump. – Agensi